KUALA NERUS – Tiga sekawan membawa konsep perniagaan durian lain daripada kebiasaan apabila menawarkan durian percuma kepada wanita bujang yang berkunjung untuk mendapatkan raja buah itu di gerai jualan mereka dekat Kampung Seberang Takir, di sini.
Pemilik ST Durian Stall, Ahmad Naqiuddin Ramli, 26, berkata, idea untuk memberikan durian percuma itu muncul secara spontan ketika menulis harga bagi setiap jenis durian yang dijual di gerai tersebut.