SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha mengelakkan dirinya daripada dihadapkan ke mahkamah dengan bersandarkan peruntukan kekebalan atau imuniti yang didakwa wujud bagi seorang Perdana Menteri.
Menurut Dr Mahathir, tindakan tersebut menimbulkan persoalan mengapa Anwar tidak mahu berdepan dengan proses perbicaraan sekiranya beliau benar-benar tidak bersalah.