Sejak semalam dan hari ini, rakyat Malaysia telah ‘berperang’ untuk cuba membeli tiket konsert band popular dunia, Coldplay yang akan mengadakan konsert jelajah Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Bukit Jalil pada 22 November depan.
Bagaimanapun, keterujaan untuk mendapatkan tiket telah dicemari tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak dipercayai kumpulan ‘scalper’ atau pembeli tiket hantu yang membeli dengan kuantiti banyak dan menjual semula pada harga berlipat kali ganda.