SUNGAI PETANI – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin penyelidikan ke atas 20,000 dokumen di luar negara bagi melihat fakta sebenar hubungan antara Kedah dan Pulau Pinang, bukanlah sia-sia seperti dakwaan pihak tertentu.
Muhammad Sanusi berkata, tindakan itu bukanlah membazir sebaliknya setiap dapatan kajian mempunyai nilai dan khazanah tersendiri.