NEW YORK – Golongan belia berusia antara 18 hingga 29 tahun di seluruh dunia kini berdepan pelbagai cabaran, bukan sahaja dari segi kebahagiaan, malah melibatkan kesihatan fizikal dan mental, persepsi terhadap diri sendiri, pencarian makna hidup, kualiti hubungan sosial dan keselamatan kewangan, menurut satu kajian baharu.
Data kajian yang dikumpulkan oleh Gallup sepanjang 2023 ini melibatkan lebih 200,000 responden dari lebih 20 negara dan diterbitkan dalam jurnal Nature Mental Health pada Rabu, lapor Xinhua.