SHAH ALAM – Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan penetapan itu berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis dimakan kebanyakan orang Islam di Selangor, pada kadar timbangan satu gantang bersamaan 2.6 kilogram.