PEKAN – Kadar zakat fitrah di Pahang ditetapkan RM7, RM14 dan RM21 seorang bagi Ramadan tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, kadar itu diperkenankan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan selaras keputusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang.