JOHOR BAHRU – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menetapkan tiga kadar bayaran zakat fitrah berdasarkan harga beras mengikut gred dan majoriti jenis yang digunakan di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, jumlah bayaran tersebut ditentukan mengikut timbangan satu gantang Baghdad, iaitu bersamaan 2.6 kilogram.