SHAH ALAM – Kadar dividen Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2024 dijangka meningkat berbanding tahun lalu, didorong oleh prestasi memberangsangkan pasaran saham tempatan dan faktor ekonomi semasa.
Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Bashir Ahmad Shabir Ahmad berkata, peningkatan hampir 10 peratus dalam pasaran saham Malaysia bagi tahun 2024 antara penyumbang utama kepada prospek positif dividen TH.