Terdapat banyak perkhidmatan kewangan untuk pemilik kereta namun jika untuk motosikal, mungkin sedikit terhad dan kerap kita mendengar perihal bayar tunai untuk motosikal. Aeon Credit merupakan salah satu perkhidmatan untuk pengguna tempatan dan memiliki pegangan pasaran sebanyak 25%. Bagi meluaskan faedah untuk pengguna, kini mereka mengumumkan Kad Kredit Aeon Biker Visa yang boleh dipohon menerusi aplikasi dompet digital mereka iaitu Aeon Wallet.
Kad kredit Aeon Biker Visa ini menawarkan banyak manfaat kepada pemilik motosikal antaranya pulangan tunai untuk pembelian alat ganti, aksesori, dan barangan motosikal. Terdapat juga pulangan tunai untuk pembelian petrol dan insurans percuma diberikan, serta jemputan ke aktiviti berkaitan motosikal seperti MotoGP.