JUTAWAN Perancis dan pengerusi LVMH, Bernard Arnault bekerjasama dengan syarikat minuman tenaga, Red Bull untuk membeli pegangan dalam kelab Ligue 2 Perancis, Paris FC.
Agache, syarikat induk keluarga Arnault dan Red Bull telah mengadakan rundingan eksklusif dengan pemilik semasa Pierre Ferracci untuk membeli pegangan majoriti dalam The Parisians kendalian Stephane Gilli yang beraksi di Stade Sebastien Charlety berkapasiti 20,000, dengan Red Bull mencari pegangan minoriti, kata Agache dalam satu kenyataan.