KUANTAN – Hidangan acar buah yang dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan masakan sempena Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang, rupa-rupanya dimasak oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Lebih mengejutkan, baginda menyertai pertandingan itu menggunakan nama samaran ‘Aminah Mahmood’ tanpa pengetahuan pihak penganjur mahupun juri pertandingan.