JOHOR BAHRU – Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari, kata Exco Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Lee Ting Han.
Beliau berkata, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dengan perbincangan mendalam bersama pelbagai pihak perlu dibuat kerana melibatkan implikasi undang-undang termasuk isu kerja lebih masa dan pembayaran elaun.