KUALA LUMPUR – Tiket perlawanan persahabatan yang dinanti-nantikan antara gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini dijangka terjual dengan pantas apabila jualan umum dibuka mulai jam 11 pagi esok.
Penganjur jualan tiket, ShekhinahPR, menasihatkan para peminat agar segera mendapatkan tiket melalui laman web rasmi www.ticketingempire.com, yang dijual pada harga antara RM50 hingga RM1,500, berikutan permintaan tinggi semasa akses awal dan sambutan luar biasa dari peminat seluruh rantau ini.