SHAH ALAM – Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan menerima keputusan pemilihan daripada semua 296 persidangan Srikandi, Armada dan Srikandi Muda yang berlangsung di peringkat bahagian seluruh negara pada Sabtu.
Pengerusi JPP Bersatu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, keputusan muktamad bagi pemilihan jawatankuasa peringkat Srikandi, Armada dan Srikandi Muda Pusat akan diumumkan dalam waktu terdekat.