MARANG – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meluluskan sebanyak 23,528 permohonan pengenalan diri melalui Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) bermula Januari hingga Julai lepas.
Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias berkata, permohonan melibatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan itu diterima melalui pelaksanaan 1,338 siri program yang diadakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.