IPOH – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) akan diberi tanggungjawab menganggotai Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Perkara tersebut dicadangkan bagi membolehkan mereka memainkan peranan yang meluas dalam menyalurkan maklumat berkaitan kes-kes penderaan dan pengabaian yang berlaku dalam kawasan kampung.