TANAH MERAH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyenaraihitam pengguna kenderaan yang gagal membayar saman tiga jenis notis kesalahan bermula Julai depan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, jabatan itu kini dalam usaha melaksanakan pemutihan tunggakan saman membabitkan pelbagai kesalahan melalui Kadar Kompaun Khas yang ditawarkan awal Januari lalu.