KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan merancang agihan pelaksanaan dengan kemungkinan pendekatan berbeza bagi bantuan program MyLesen pada tahun hadapan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kerajaan telah bersetuju meneruskan program MyLesen ini yang menawarkan lesen memandu kepada golongan B40 dan belia.