Tahun 2024 sudah hampir melabuhkan tirainya, buat anda yang masih mencari lokasi menarik untuk menyambut ambang tahun baru, The Exchange TRX bakal menganjurkan Countdown Tahun Baru Paling Spektakular.
Pengunjung boleh nikmati malam yang penuh hiburan dengan persembahan artis antarabangsa dan tempatan, pertunjukan bunga api dan laser, serta peluang untuk beramal dalam suasana festival yang penuh kemeriahan. Yang penting masuk adalah percuma!
Bagi acara kemuncak iaitu konsert akan dimeriahkan dengan kemunculan artis terkenal antarabangsa dan tanah air termasuk bekas ahli Super Junior – M, Henry Lau,kumpulan duo pop Amerika dari Los Angeles, Capital Cities, Joe Flizzow & SonaOne, Daiyan Trisha, Yuji ft. Putri Dahlia, Saint Kylo, NYK, K-Town Clan, P A L E N C I A, Aidaho dan Ashley Lau.