JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) telah menamakan bangunan Pejabat Presiden di Ibu Kota Nusantara (IKN), Penajam Paser Utara (PPU) sebagai Istana Garuda, manakala Istana Presiden di IKN akan dikenali sebagai Istana Negara.
Pengumuman itu dibuat oleh Pemangku Ketua Lembaga IKN, Basuki Hadimuldjono selepas menghadiri mesyuarat dalaman dengan Jokowi di Istana Garuda IKN pada Isnin, lapor Agensi Berita ANTARA.
