KLUANG – Johor terus mengekalkan kedudukannya sebagai negeri pengeluar nanas terbesar di Malaysia dengan keluasan tanaman mencecah 10,366.6 hektar dan pengeluaran sebanyak 280,878 metrik tan.
Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Sheikh Umar Bagharib Ali, berkata jumlah itu mewakili 63.7 peratus daripada keseluruhan pengeluaran nanas negara yang bernilai RM682.53 juta.