KUALA LUMPUR – Komandan Maktab Ketahanan Nasional (NRC), Mejar Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng melakar sejarah apabila menjadi anak berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pemakaian pangkat tersebut disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar dan disaksikan oleh semua panglima perkhidmatan dalam satu majlis di Wisma Pertahanan, di sini, pada Isnin.