Usahawan Jofliam tampil memohon maaf secara terbuka kepada para wanita dan ibu mengandung susulan kenyataannya mengenai bekas isteri, Cik Epal yang melahirkan anak mereka, Han dan Yuki menggunakan suntikan epidural semasa bersalin.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Jofliam atau lebih mesra disapa Jo, mengakui dia tidak sepatutnya memberikan kenyataan itu ketika membalas mesej peribadi (DM) daripada individu tidak dikenali.