KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kerajaan akan melaksanakan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 3.0 (RTK 3.0) dalam masa terdekat seperti yang tular di media sosial.
Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban berkata, hingga kini tiada sebarang keputusan dibuat berhubung pelaksanaan RTK 3.0.