TOKYO – Agensi Meteorologi Jepun pada Khamis menarik balik amaran tsunami terakhir yang dikeluarkan susulan gempa bumi bermagnitud 8.8 yang melanda luar pantai Semenanjung Kamchatka, Rusia pada hari sebelumnya, lapor Agensi Berita Kyodo.
Agensi itu sebelum ini mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan dari Hokkaido di utara Jepun hingga ke Wilayah Wakayama di barat, namun amaran berkenaan diturunkan kepada nasihat berjaga-jaga pada Rabu malam. Tsunami terus sampai pantai, dengan beberapa lokasi mencatatkan ombak lebih besar pada Khamis.