KUALA LUMPUR – Van jenazah milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang membawa jenazah Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, tiba di Masjid Negara kira-kira jam 8.20 pagi tadi bagi urusan mandi dan kafan.
Ketibaan van tersebut diiringi oleh ahli keluarga terdekat, kenamaan serta orang ramai yang berkumpul sejak awal pagi untuk memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh negarawan itu.