JENAZAH pelakon veteran Roslan Saleh, 69, yang menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pagi tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah pada jam 3.15 petang ini.
Terdahulu, jenazah Roslan atau mesra disapa sebagai Pak Lan dibawa ke Masjid Ar Rahman Kampung Rantau Panjang untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan bagi pengebumian dengan dihadiri lebih 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara, kenalan dan rakan artis.