KUCHING – Jenazah Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang, isteri kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya di sini pada 1.52 tengah hari Isnin.
Terdahulu, jenazah Juma’ani disolatkan di Masjid Jamek Negeri dipimpin Imam Besar Sarawak, Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi dan dihadiri ahli keluarga, pemimpin negeir dan persekutuan serta orang ramai.