Tertawan dengan aura Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib. Beliau sememangnya mempunyai pesona tersendiri yang membuatkan setiap mata memandang tertawan dengan rupa paras jelitanya. Bertubuh tinggi lampai, hidung mancung, sepasang mata bundar dan rambut hitam panjang mengurai… penampilan Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad di khalayak ramai sentiasa menjadi tumpuan masyarakat.
Diam tak diam, Januari lepas merupakan ulang tahun perkahwinan ke-10 Toh Puan Raghad di samping suami tercinta, Tun Abdul Taib Mahmud. Berkongsi rasa syukur menikmati kehidupan bahagia bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak ini, jelitawan tersebut menerusi media sosial miliknya mengungkapkan ungkapan romantis sempena ulang tahun perkahwinan mereka.