JUARA bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan slot ke pentas final Piala FA setelah menewaskan Kedah Darulaman FC (KDA FC), 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan itu layak secara agregat, 5-1, hasil kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Darulaman, 19 Julai lalu.