SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT), meraih tiga mata berharga selepas menewaskan Shanghai Shenhua FC, 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sebentar tadi.
Bermula garang sebaik wisel permulaan, JDT hanya memerlukan 19 saat untuk menembusi benteng pelawat menerusi larian pantas Arif Aiman Hanapi.