SHAH ALAM – Semua ahli boleh mencalonkan diri untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan akan datang.
Ketua Cabang PKR Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, jawatan nombor dua itu sentiasa terbuka untuk dicabar dan perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan dalam pemilihan parti.