Pempengaruh terkenal, Jason sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas membalas komen seorang individu yang memintanya untuk mencuba tiramisu hasil air tangan isteri kepada pempengaruh Jofliam, iaitu Dewi.
Menurut Jason, bukan hanya netizen yang memintanya, malah rakan-rakannya juga menyarankan agar dia mencuba pencuci mulut tersebut yang kini menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna media sosial.