PORT DICKSON – Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan sebanyak 99 aduan berkaitan kes sisa bahan buangan terjadual yang dilupuskan secara haram di seluruh negara setakat Khamis.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut hanya 13 kes didapati berasas selepas siasatan dijalankan dan telah diambil tindakan penguatkuasaan.