Seharian di kediaman Dato’ Sri Haji Mahadi Badrul Zaman dan Datin Sri Hajah Nurheliza Helmi di Sunway South Quay, memang seronok dan mengujakan. Tak terasa masa berlalu, leka benar berbual dan bercerita soal bisnes daripada pasangan usahawan yang mesra dipanggil Abang Dee dan Kak Ja ini.
Sebagai Presiden AUF MBZ Consortium dan perunding kewangan Islamik, Dato’ Sri Mahadi sebenarnya seorang yang sangat pintar dan pemurah. Pengalaman dalam bidang ini sejak usianya 21 tahun banyak membentuk personaliti beliau, umpamanya seorang yang suka berfesyen dan bergaya sedondon dengan isteri tersayang!