KUALA TERENGGANU – [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat negeri Terengganu agar tidak terus terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas, kononnya kerajaan Persekutuan tidak melakukan apa-apa pembangunan untuk kesejahteraan mereka.
Beliau berkata, hakikatnya, sebanyak 445 program dan projek dengan peruntukan mencecah RM1.836 bilion telah diluluskan di Terengganu di bawah Program/Projek Pembangunan Rancangan Boleh Pinda Kelima (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).