PUTRAJAYA- Perdana Menteri menyelar pihak berkaitan yang memandang remeh Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 seperti diumumkan kerajaan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun jumlah itu mungkin dianggap kecil bagi mereka yang berpendapatan tinggi, namun ia membawa makna besar kepada rakyat luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.