SHAH ALAM – Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sah dan menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau.
Rosmah berkata, akaun Facebook itu yang memaparkan maklumat kononnya beliau bekas isteri Najib adalah bukan miliknya.