SEREMBAN – Tindakan tatatertib yang bersesuaian perlu dikenakan terhadap Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Port Dickson yang tersilap memasang Jalur Gemilang secara terbalik baru-baru ini.
Naib Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Sembilan, Muhammad Hakim Mohd Zain berkata, tindakan itu bukannya bertujuan menghukum, sebaliknya sebagai mesej tegas bahawa kecuaian terhadap simbol negara tidak boleh dipandang ringan.