KUALA SELANGOR – Laluan sempit dan rosak di tepi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang di sini ibarat perangkap bahaya yang mengancam nyawa pelajar dan ibu bapa setiap hari.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, keadaan jalan itu amat membimbangkan selepas beliau sendiri turun padang bersama jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu untuk meninjau lokasi berkenaan.