KUALA LUMPUR – Pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu mulai 1 Julai ini disifatkan sebagai antara bukti komitmen kerajaan melaksanakan reformasi besar dalam sektor tenaga negara, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, langkah tersebut selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menyasarkan peningkatan penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) dan pengurangan pelepasan karbon menjelang 2050.