MUAR – Pencen yang diberikan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan bertujuan menampung saki baki kehidupan, sebaliknya untuk mereka memulakan kehidupan baharu menerusi kerjaya kedua.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu atau memulakan perusahaan sendiri.