AKTRES veteran, Kartina Aziz menyifatkan seorang pelakon yang baik harus mempunyai adab yang tinggi dan sentiasa bersikap rendah diri.
Kartina, 69, yang mesra membahasakan dirinya ‘mama’ berkata, dengan memiliki ciri-ciri tersebut, keserasian dengan pelakon lain dapat dibina dengan lebih mudah dan seterusnya menghasilkan drama atau filem yang berkualiti.