SHAH ALAM – Sisa kumbahan di tangki septik milik persendirian perlu dikosongkan mengikuti masa ditetapkan kerana setiap tangki itu mempunyai kapasiti rawatan yang terhad.
Sehubungan itu, syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd mengadakan Karnival Tiga Dekad IWK Memelihara Kesejahteraan Rakyat bersama penduduk Mukim Karangan, Kulim, Kedah dengan mengetengahkan aktiviti kesedaran mengosongkan takungan kumbahan tersebut.