TAPAH – Polis Perak telah merakam percakapan calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Abd Muhaimin Malek berhubung isu tauliah mengajar agama.
Bagaimanapun, jurucakap polis Perak bagi PRK DUN Ayer Kuning, Senior Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, polis menyerahkan perkara itu kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk tindakan lanjut.