SHAH ALAM – Projek Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) bukanlah sengaja dilewatkan atau menghadapi kelemahan pengurusan, sebaliknya terdapat isu-isu teknikal khususnya yang berkaitan dengan tanah.
Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata, kemajuan sebahagian besar projek di fasa awal itu perlu menyelesaikan isu tanah terlebih dahulu sebelum fasa pemasaran kepada pelabur boleh dimulakan.