KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengesahkan beliau sudah dihubungi pihak polis untuk dirakam keterangan berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman, pada Selasa.
“Saya menerima panggilan daripada seorang pegawai polis semalam untuk memberi keterangan di Bukit Aman esok (Selasa) pukul 10 pagi,” katanya pada Isnin.