KUALA LUMPUR – Isu penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang dikawal BlackRock Inc. penting untuk diketengahkan pembangkang susulan ia melibatkan pemilikan sebahagian besar saham.
Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu berbeza jika dibandingkan dengan pegangan saham yang dianggap kecil dalam syarikat lain di negara ini.