LIPIS – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bersedia menawarkan kepada syarikat pemberi pinjaman untuk menggunakan Sistem Pelaporan Kredit Angkasa (SpEKAR) sebagai pusat sehenti pemeriksaan kelayakan bagi penjawat awam.
Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, usaha tersebut dapat membantu syarikat terlibat untuk menilai status kredit penjawat awam sebelum memberikan pinjaman.